Kata Ganda Separa

1.      Kata Ganda Separa
a.      Kata ganda separa ialah kata yang mengalami penyingkatan sebahagian  daripada kata dasarnya.
b.      Bahagian yang disingkatkan itu merupakan suku kata pertama sahaja.

Kata Dasar
Suku Kata
Pengulangan
Kata Ganda
Bawang
ba
ba + bawang
bebawang
Jari
ja
ja + jari
jejari
Kuda
ku
ku + kuda
kekuda
Daun
da
da +daun
dedaun
Cair
ca
ca + cair
cecair

Latihan Kata Ganda Separa
Isikan tempat kosong dengan kata ganda separa yang sesuai:
Tetamu     bebenang     lelalang     pepohon     kekuda     kekabu     jejentik     lelayang

1.       Ayah menebas  ___________________yang tumbuh di belakang rumah.
2.      Adik seronok  bermain  ________________  di padang.
3.      _______________hanya membiak di takungan air yang jernih.
4.      Puan Mariam melayan __________________tetamunya dengan sopan.

5.      Emak membeli ____________________untuk membuat bantal.

No comments:

Post a Comment