Kata Ganda Seluruh



1.      Kata Ganda Seluruh
a.   Sesuatu kata dasar yang diulang sepenuhnya tanpa sebarang perubahan tidak kira sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak
b.   Kata ganda seluruh mestilah diberikan  tanda sempang (-)
c.   Kata Ganda seluruh ini amat mudah bentuknya.
Kata Dasar
Pengulangan
Kata Ganda
Budak
budak + budak
budak-budak
Kereta
kereta + kereta
kereta-kereta
Rumah
rumah + rumah
rumah-rumah

Tujuan Kata Ganda seluruh
Ø  menunjukkan bilangan banyak
Ø  atau jamak
Ø  lebih daripada satu

Contoh Ayat
1.       Rumah-rumah di  taman itu besar dan cantik.
2.      Lembu-lembu itu milik Pak Hassan.
3.      Kereta-kereta keluaran negara  mendapat sambutan  yang  luar biasa .
Latihan Kata Ganda Seluruh
1. _________________(angan) nya untuk menjdi guru tercapai jua.
2. Isi buah  durian itu___________________(tebal) belaka.
3.  Selepas makan  nasi lemak di gerai itu, adik____________________(muntah).
4.  Badannya _______________(luka) kerana terjatuh dari basikal.
5.  Soalan ujian Matematik itu ____________________(susah) belaka.

No comments:

Post a Comment